nama permainan : dam ular
umur kanak-kanak : 4 hingga 6 tahun
perkembangan yang didapati :
Didalam permainan ini kanak-kanak dapat meningkatkan perkembangan bahasa mereka. Hal ini kerana, didalam permaianan ini kanak-kanak boleh belajar tentang warna yang terdapat pada dam ular. selaian itu, kanak-kanak perlu menjawab soalan yang disediakan pada oleh guru sekiranya mereka mendapat petak yang memerlukan mereka menjawab soalan.
selain itu juga, dengan permainan ini juga ia dapat meningkatkan tahap komunikasi kanak-kanak. Hal ini kerana, didalam permaian ini kanak-kanak akan berkumunikasi dengan guru dan rakan-rakan sepermainan yang lain.
Didalam permainan ini juga kanak-kanak boleh diajar tentang perkembangan awal matematik. Guru boleh mengajar kanak-kanak tentang nombor dengan menggunakan yang terdapat pada dam ular. selaian itu juga guru boleh mengajar kanak-kanak mengira bulatan yang terdapat pada dadu.
seterusnya melalui permainan ini juga kanak-kanak boleh meningkatkan perkembangan sosial mereka. Hal ini kerana, permainan ini boleh dimainkan oleh beberapa orang murid dan kanak-kanak perlu berkomunikasi antara mereka bagi menjayakan permainan tersebut.
Perkembangan lain yang terdapat pada permainan ini ialah ia dapa meningkatkan perkembangan motor halus dan motor kasar kanak-kanak. Hal ini kerana, kanak-kanak akan menggunakna tangan untuk memegang dan membaling dadu bagai membolehkan mereka bermain dan ia sekali gus dapat menguatkan otot tangan kanak-kanak.
Selaian itu, motor kasar kanak-kanak juga dapat ditingkatkan kerana permainan ini memerlukan kanak-kanak itu sendiri untuk bermain permaian ini sebagai buah permaian. Keadaan ini sekali gus dapat memberi kegembiraan kepada kanak-kanak dan mereka akan merasa teruja sepanjang permainan ini dijalankan.
nama permainan : kereta api padanan bentuk dan warna
umur kanak-kanak : 4 hingga 5 tahun
perkembangan yang didapati :
Didalam permainan kanak-kanak dapat meningkatkan perkembangan sosial kanak-kanak. Hal ini adalah kerana, permainan ini membolehkan kanak-kanak bermain bersama rakan-rakan yang lain dan mereka boleh berkerjasam untuk bermain permainan ini.
Selaian itu juga, permainan ini juga dapat meningkatkan perkembangan motor halus kanak-kanak. Hal ini kerana kanak-kanak perlu menggunakan jari mereka untuk memegang bentuk yang disediakan bagi memadankan dengan warna yang terdapat pada kotak kereta api.
Perkembangan lain ialah permaian ini dapat meningkatkan perkembangan kognitif kanak-kanak. Hal ini kerana kanak-kanak perlu mencari padadanan bentuk warna yang sama dengan kota kereta api. selain itu , melalui permainan ini guru boleh mengajar kanak-kanak untuk mengenal bentuk dan warna yang terdapat pada kotak kereta api dan guru juga boleh mengajar tentang kenderaan dengan menggunakkan kereta api tersebut.
Seterusnya permain ini juga dapat meningkatkan perkembangan bahasa kanak-kanak. Hal ini adalah disebabkan melalui permainan ini guru boleh meminta kanak-kanak menyebut nama warna dan bentuk yang ada secara berulang kali.
No comments:
Post a Comment